Kereta Juga Perlukan Belaian Manja!
Yuhuu~ Buat apa weekend ni?
Cadangnya weekend ni nak ke JB shopping raya.. weekend pass pun bos dah sain. Tapi anak pulak tak berapa sihat. So penyudahnya terpaksa tangguh dulu plan ke JB tu.
Bagi memenuhi aktiviti hujung minggu ni agar menjadi lebih menarik dan sentiasa memberi impak positif untuk bekerja pada hari Isnin, aku plan nak guna 2 hari ni memberi belaian manja kepada kereta aku..
Dari 2007 guna kereta ni, so sampai sekarang 2013 aku rasa wajar untuk aku expense some money bagi menghargai jasa kereta ni dalam menjalankan tugas dia kepada aku dan keluarga.
Harap2 dia akan terus memberi khidmat tanpa mendatangkan sebarang masalah sepertimana sepanjang 7 tahun ni. Korang PERCAYA tak? kalau aku cakap kereta Kelisa Special Edition Tahun 2007 aku ni tak pernah bagi masalah kepada aku pun kecuali masalah power window.. tu je. Masalah lain semua punca dr aku sendiri.. tayar pancit sebab langgar lubang, cermin retak dan facelift kemek sebab sondol punggung kereta org.. sangat menakjubkan!
So kepada orang2 yang ada persepsi buruk terhadap produk tempatan.. aku nasihatkan korang, berubahlah.. ada juga produk tempatan yang boleh dibanggakan.. contohnya.. Kereta Kelisa buruk aku ni.. hehe~
Masa: 131230H Jul 13
Lokasi: Dr Cermin, Kluang
Tujuan: Kalo dah pergi Dr Cermin.. mesti lah tukar cermin.. takkan tukar tayar pulak.
Kos: RM350
Kepuasan Hati: 9/10
Sign board mak ai bukan main besar.. tapi 3 kali gak la lalu jalan depan kedai ni.. baru perasan.
Apa yang menariknya dengan Dr Cermin, Kluang ni.. dia buat satu kereta je dalam satu2 masa. So ada 3 orang yang akan concentrate buat kereta kita. Bukan 3 orang 3 kereta. Kelemahannya.. terpaksa tunggu turn. Tapi takpa.. janji hasil berkualiti.
Cermin baru yang menanti untuk dipasangkan pada kereta
Masa: 131615H Jul 13
Lokasi: Kedai Ekzos (Actually aku lupa nama kedai.. n lupa pulak nak amik gambar kedai tu)
Tujuan: Tukar Ekzos
Kos: RM75
Kepuasan Hati: 8/10
Masa: 141045H Jul 13
Lokasi: Champion Auto Accessories, Kluang
Tujuan: Tukar headlamp, signal Lamp, fender lamp, lampu plat belakang, radio dan alarm.
Kos: RM845
Kepuasan Hati: 6/10 (Overall sgt puas hati.. sebab 4-5 orang buat sebiji kete. Tapi selepas siap semua.. cek balik kerja2 yang dibuat.. baru perasan headlamp tu tak sama kiri dengan kanan. Brand lain2. Ceit.. toke kedai suh pakai dulu.. tunggu stok sampai hari Khamis depan. Nanti tukar balik Free Of Charge.)
Huduh gila keadaan kete macam ni kan..
So secara overallnya.. sekali-sekala belanja duit untuk kete ni pun sebenarnya boleh menghilangkan segala tekanan.. Suggestion aku.. kalo rasa tertekan.. stress.. cari duit sikit.. pastu belanja kereta korang apa-apa.. sgt syok~ salah satu aktiviti yang menyihatkan mental dan fiikal selain melatih korang untuk sabar menunggu. Adios.
No comments