Breaking News

Motorsikal Demak DV110 - Jangan Pandang Pada Jenama

"Smart motor bro.. moto apa ni?"..

"Nampak garang la motor ni, moto apa ek?"..



Itu adalah antara dialog yang biasa ditanya.. sudah banyak kali kene tegur.. kat kedai mamak, tempat kerja malah di traffic light pn ada yg tegur sambil2 tengah tunggu lampu merah bertukar hijau..

"Ni moto Demak DV110".. aku jawab dengan nada sikit2 segan gitu. ye la kan.. org yang tanya tu naik LC, Ego.. Wave..

Kalau nak dibandingkan dengan moto jenama Demak ni.. memang tak setanding la.. ye tak? (persepsi org ramai terhadap jenama tempatan).

Kesimpulan yg aku boleh buat kat sini.. moto Demak DV110 ni memang tak famous pn.. dan ramai yg tak kenal motor ni.. tak tahu pn.. bila sebut Demak.. semua macam.. "Oooo.. demak.."

Saja aku search kat google "Demak DV110".. rupanya tak ramai pn yg bercerita atau review pasal motor ni.. mgkin sebab ramai yg tak pakai.. n tak ramai pn yg nak tau pasal moto ni kan..

Jadi aku terpanggil untuk tulis sikit pasal motor Demak DV110 ni. Ye la.. motor ni aku pakai sendiri.. lenjan hari-hari pergi/balik kerja.. so aku rasa apa yg aku tulis ni mungkin dapat pengaruhi orang2 yg baca.. kan? sebab based on my own experience..

Kalau korang search image kat google.. korang akan jumpa gambar2 first edition motor ni.. dlm tahun 2011 gitu motor Demak DV110 ni wujud kat pasaran kalo tak silap.

Didatangkan dalam tiga warna iaitu hitam.. merah hitam dan putih biru.. bersama dengan sport rim hitam..

Tapi yang tu first edition.. tahun 2011.. bila dah sampai tahun 2013 ni, ada peningkatan sikit yang mana berjaya membuatkan aku tertarik untuk memiliki sebiji Demak DV110.

Selain daripada bentuk yang cantik.. lampu depan tu jugak telah berjaya memikat hati aku.. sgt bergaya di waktu malam..


Motor kesayangan aku..

So far aku dah guna motor ni sebulan lebih.. mileage dah cecah 670km dan dah buat pelarasan tukar minyak hitam dah pn..
Setakat ni apa yang boleh aku katakan bahawa Demak DV110 telah memberi khidmat yang baik kepada aku.. harap2 akan terus berkekalan.

Kepada yang berminat ngan motor ni.. boleh la cuba2 beranikan diri.. aku akui ramai yang cakap motor demak ni banyak problem dengan enjin dia.. tapi pada pendapat aku, semua tu bergantung pada diri sendiri. Cara penggunaan, pemanduan, penjagaan.. dan banyak lagi aspek yg perlu diambil kira.

Kesimpulannya... kalau setakat nak guna untuk pergi/balik kerja, motor ni berbaloi dengan RM yang dikeluarkan.



59 comments:

  1. Bro.. jgn takut dgn jenama demak sekarang ni sebab demak dulu lain dgn sekarang.. Aku pun plan nak angkat satu model Evo ZR110. Aku duduk kat kuching sarawak so aku pegi kilang demak utk survey ttg moto demak ni.. sekarang ni demak dah menggunakan 70% komponen buatan honda thailand dan selebihnya taiwan dan china.

    Ada mekanik dekat sini sudah pun memasang clutch tangan racing pada moto demak evo z yang berumur lebih 3 tahun. Kulit enjin dia pakai kulit enjin honda thailand yg membolehkan dia memasang clutch tangan tersebut. Dia juga ada menghidupkan enjin motor dia dan ternyata bunyi enjin masih lagi halus bagi moto yg berumur 3 thn.

    Berbalik kepada kilang demak. semasa aku pergi survey ke showroom demak, bilik pameran tersebut berada ditingkat atas bangunan dan nak tahu tak bahawa bengkel baik pulih untuk moto yg masih dalam warranti pulak betul2 berada dibawah bilik pameran tersebut.. Semasa aku meneliti kawasan bengkel tersebut, langsung tiada model terbaru demak yg dibaikpulih.. cuma ada sebuah scrambler kawasaki dan sebuah demak dtm 150 yg sedang dibaik pulih. kedua dua scram tersebut dileraikan sepenuhnya enjin utk grand overhoul.. tapi nampak gayanya 2 scram tersebut hanya digunakan utk offroad.. ada disuatu sudut tersadai beberapa buah moto dan skuter demak model lama yg tidak dibaikpulih dan berkemungkinan besar akan dileraikan.. tapi semua itu model2 lama demak yg menggunakan enjin sepenuhnya dari china..

    Jangan takut dgn jenama Demak sekarang ni sebab di kuching sarawak sahaja sudah byk moto Demak berada dijalanraya.. pada 1 hari aku dapat lihat 4-5 bijik moto demak meluncur dikawasan aku sekitar 20 kilometer persegi.. itu belum lagi pergi ketempat lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq for sharing the info bro.. teringin gak nak pergi tengok kilang demak.. tapi jauh sgt di seberang.. hehe~

      Delete
    2. Kalo tak silap kilang Demak juga terdapat di Batu Caves...

      Delete
    3. Terima kasih atas info itu.. Saya bru tahu demak tempatan puny and sye salut demak dh keluar kn model demak evo 125z.

      Delete
    4. Terima kasih atas info itu.. Saya bru tahu demak tempatan puny and sye salut demak dh keluar kn model demak evo 125z.

      Delete
  2. maksud aku 70% enjin menggunakan komponen yg diimport dari honda thailand.

    ReplyDelete
  3. lupa nak bagitahu bro.. cuba check kat sini pengembaraan student UK yg belajar diuniversiti of notthingham malaysia balik ke UK menggunakan Demak DV110 kerana menyambung semester seterusnya di UK. Beliau ride dari KL ke UK dengan menunggang Demak DV110 selama 3 bulan sejauh 20,000km merentasi 20 buah negara hanya dengan berbekalkan duit sebanyak GBP1000. Beliau menunggang tanpa henti pada siang hari setiap hari dan pulas habis motor tersebut.. ternyata bila tiba di UK beliau berkata motor tersebut masih berkedaan baik dan tidak mengalami kerosakan teruk. cuma ada suatu ketika rantai terputus atas kecuaian dia sendiri.. check kat sini

    www.goingnotts.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka tahap ketahanan Demak DV110 boleh capai tahap mcm tu.. amazing..

      Delete
    2. Ade sp2 tau ke hub sproket demak ni blh gune hub sproket ape..sbb aku pnye dh hlg kna curi..tlg2 lu org ssh mau gerak p keje

      Delete
    3. Bole pakai sproket Yamaha

      Delete
    4. Boss motor demak dv 110 bolik pakai cover set lc v1

      Delete
    5. Kat mna nk dptkn cver set demak

      Delete
  4. aku guna motor ni dkt dua tahun..enjin sedap tp kualiti coverset dia kurang memuaskan..aku slalu jugak balik kl dr kemaman,ternyata enjin dia makin lama,makin mantop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tnye ckit...die pnya hub sproket tu ade ke motor lain pnye hub yg sesuai/yg blh msuk

      Delete
  5. moto ni berapa harga dia ek..??deposit dia berapa??

    ReplyDelete
  6. Wow.demak dv110 terbaru hujung 2013 memang top dah ikut spec eropah.lampu belakang asing.sportrim 8 batang macam brand racing boy je.da booking satu dah.

    ReplyDelete
  7. bro nak tanya sikit macam mana pulak alat ganti senang nak cari tak

    ReplyDelete
  8. salam..sy baru angkat dv110..ok gek moto ni cun bwk pon sedap..sy ri
    de 50 km sehari sgt membanggakan..sy guna myk 4t motul ..spare part boleh beli kat kawasan perusahaan batu cave..

    ReplyDelete
  9. Tolong bagi info sikit mcm mana nk jaga motor ni cause bru dpt smlm.. soo share share la ek. And lagi satu tkdk page untk motor ni ker? Kalau dpt berkumpul sama sama ngn motor msing msing lagi gempak !!

    ReplyDelete
  10. Salam bro. Ko still pakai ke motor ni? Dah dekat 2 tahun ni camne condition motor ni? ok ke?

    ReplyDelete
  11. aku pun dah ambik moto ni cantik , warna merah. plat RM16XX . moga kekal selamanya

    ReplyDelete
  12. Demak evo zr/z. Cash rm3,504, 3 years x rm178
    call/whatapps . Roza 012.5945.166

    ReplyDelete
  13. https://youtu.be/yIMmIwlVFbg
    Demak dv110 mmg terbaik

    ReplyDelete
  14. Aku pown baru je amek mtor demak evo z..bnyak org ckp demak x style xpi aq ttap bli jgak..jnji pndai jga pe alhamdullilah sumenye ok

    ReplyDelete
  15. motor demak memang ok ak dh guna setahun lebih kamu add aku izamsha untuk tengok motor ksygn aku ni ak ubah sikit2 hehe badan memang mantap dbanding honda enjn mmg lh tahan tapi body cm belalang jak ta rupa langsung jelek bosan wehhh. enjing sma sejak dari kita sendiri guna dgn baik kh atau tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslm kenapa motor sye vila startdia hidup tapi bila kita dah bawa semput 2 dan mati tlong sye siapa yg arif

      Delete
  16. Lc demak,yang macam Lc tu evo z..smart gak tapi paling laju klou bawak 120 jee tak bleh lebih ke?

    ReplyDelete
  17. demak evo,perghh samart gak klou makeup mcm lc tapi tu lah utk bawak laju,paling laju 120 jee...x boleh lebih ke?

    ReplyDelete
  18. salam bro... saya nak tanya... motor demak evo z boleh masuk enjin motor apa ye bro?

    ReplyDelete
  19. Aku beli motor DV110 pada Okt 2012. Sekarang mileage dah 25000km. Berikut adalah beberapa kerosakan pada motor tersebut.
    1. Bolt sproket belakang tercabut 2 biji pada mileage +/- 3000km. Ni sproket original yg datang dengan motor tu.
    2. Signal led belakang masuk air dan jadi berkarat tp masih berfungsi baik. Mileage 3-4000km
    3. Valve seat(inlet) longgar. Bukan saja longgar malah boleh cabut dengan tangan. Enjin langsung tak boleh hidup. Kena buka cylinder head dan pasang valve seat baru. Mileage 20kkm.
    4. Silencer exhaust patah. Moto ni guna exhaust sport D-Tech. Silencer tak boleh buka. Kena buang rivet depan dan belakang baru boleh buka cannister dan nampaklah silencer tu. Cari paip tebal sikit dan buat silencer baru pastu welding. Kasi balut dengan fibreglass bg bunyi tak bising sangat. Mileage 25kkm. Skg aku dah tukar exhaust tu dgn Apido (shorty)
    5. Yang terbaru sekali starter motor jammed. Cari spare part kat kedai motor tak jumpa lagi.Satu hari aku akan buka starter tu dan cuba servis. Selalunya carbon brush dah pendek atau amature kotor. Mileage 24kkm.
    Lain2 hal belom timbul lagi. Motor ni tak lah laju macam EX5 tapi cukuplah buat pegi balik kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy baru 5 bulan guna demak dv110.macam2 masalah timbul.terbaru moto ni tak boleh start dan semput bila naik bukit.tak hairanlah klu jenama moto ni tak diminati ramai...gaya ja lebih tp enjin ayam mati

      Delete
    2. Da taw semput bwk la g kedai n servis..kalo biar je mmg la xde baik sndiri..aku tunggang da 2 tahun elok je...moto apepun kalo dah nak rosak...rosak gak...

      Delete
  20. Spare part dia mane buleh dapat yea?dh byk bengkel pergi tp sume ckp xde spare part n mahal nk ambik part..mintak tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo kat Kajang, bro boleh gi kat Kedai Motor TAG (tengok kat google map). Kedai ni ada spare part Demak yg ori. Baru2 ni saya tukar oil seal kat situ. Murah je RM50 siap pasang.

      Delete
  21. brapa bro beli motor ni ? boleh share2 ?

    ReplyDelete
  22. Sya pon guna demak dv 110...dah dekat tiga tahun tak silap saya..cuma coversit dia ja yg x brapa selesa..yg lain tu still tiptop..

    ReplyDelete
  23. Cuba bg nama bengkel nk hantar repair demak evo zr 110. Area kl selangot.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai Motor TAG kat Kajang (boleh tengok Google Map)

      Delete
  24. hi kawan name saya vimalan tolong carikan motor demak dv110 tahun 2012 warna hitam no plt jpa5249 kerana saya sudah jual kedai 88 permas jaya masai johor saya carikan balik ;01133434843

    ReplyDelete
  25. Aku pakai Demak eco 110 dan beri 4 Bintang pd motor ni. Dah 2 tahun pakai milage 16k. Tanpa ada problem pun. Cuma mentol lampu signal je sebelah terbakar tukar baru satel. Engine tiptop x penah meragam... Yg Best pd bateri motor dah 2 tahun x penah tukar lagi still starter motor boleh crank dgn baik. Moto ringan dan meluncur laju ikut cc dia. Rating aku kasi 9/10. Tahniah demak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro skrg dah 2018 .. motor cun lg x ? Tengah dalam target nak amik ni ..

      Delete
  26. Tidak dinafikan, model keluaran Demak.. ada yang menarik perhatian aku juga seperti DTM 200 dan jugak Evo Z 110. Teringin nak pakai Demak..tp tu lah, rata2 review ada sedikit negatif dari segi ketahanan enjin dan juga barang gantian nya.. masih dalam dilema.

    ReplyDelete
  27. DVS110 yg macam yamaha legenda tu ok ka. Siapa yg pernah guna? ...minat gak nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coverset yamaha lagenda boleh masuk ka untuk dvs110 demak???

      Mohon pencerahan

      Delete
  28. Susah nk cari cover set demak dv110.. Dah pergi banyak kedai moto semua ckap xde ,, kalau nk baiki pun xthu moto ni pakai barang ape..Kalau sesiapa tahu dekat mane ada jual cover set demak Dv110 di kelantan pm dekat sya. No whatsapp 01131673963 / 0173869615 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari kat shoppee dan lazada ada dgn harga RM348.00

      Delete
    2. Kat shoppe dan lazada ada dgn harga RM348.00

      Delete
  29. Spare part Moto ni same dengan honda class 1 & honda ex5

    ReplyDelete
  30. Coverset Jupiter untuk demak dv 110 tak ade ke ..tolong lah buat yang lawa baru ramai orang beli

    ReplyDelete
  31. Aku dah pakai 6 tahun.tiba lah masa untuk upgrade.enjin pun dah berat sebab auto cluth.tukar clutch plte auto dan masuk blok 53 high cam.demak ok.try dulu

    ReplyDelete
  32. Sekarang pickup xde..sporke 30_15.haha.enjin stardart.upgrade bos.kalau rasa berat sebab auto.cek selalu.

    ReplyDelete
  33. Sekarang pickup xde..sporke 30_15.haha.enjin stardart.upgrade bos.kalau rasa berat sebab auto.cek selalu.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum saudara,bley tlg dptkan info x Kat mna nk cari full set cover Moto ni?puas cari kat kdai2 spare part,still xda..

    ReplyDelete
  35. Bro cari dalam Lazada atau shoppe.harga dalam rm300 lebih.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum nak tnya. Kalau nk tukar fender demak dv 100 ni, fender motor apa yg sesuai ye?

    ReplyDelete
  37. As salam.ape masalah ye bila bwk laju ,lampu semakin malap,demak DVS 110 ,tq

    ReplyDelete
  38. Dvs 110 coverset sapa tau mn ada

    ReplyDelete
  39. Demak bagus. Aku pakai Denak EX90 je. Dah 8 tahun. Ok je. Takde masalah. Tukar minyak itam je. Bateri q kali tukau. Demak terbaik bro!!!

    ReplyDelete