5th Day Puasa @ Bazaar Ramadhan T6
Petang tadi.. dalam keadaan cuaca yang hampir2 hujan gitu, sempat lagi aku, dia n anak2 mencergaskan diri ushar2 suasana Bazaar Ramadhan T6. Ni aku rasa nama tempat paling unik aku jumpa kat Semenanjung Malaysia. Kepada kawan2 yang baru hari ni dengar tempat nama T6.. atau kalau kita sebut "Tinam", jangan tanya aku macamana tempat tu dapat nama k.. sebab aku pernah tanya orang situ, diorang pun taktau macamana dapat nama tu. Haha~
Ok.. nak tulis panjang2 pn malas.. aku bagi gambar je la untuk tatapan korang semua.
Dalam perjalanan tadi.. ada kemalangan di simpang Taman Seri Impian.. nasib bek tak jem jalan. Aku sempat nampak seorang penunggang motorsikal terbaring kat sebelah kereta merah tu.
Suasana Bazaar Ramadhan T6, Kluang
Pengunjung tak berapa ramai petang tadi.. mungkin sebab hujan dah start turun rintik2 kot
Ayam Percik.. sekadar lihat2
Air Balang.. tak minat sebab was2 takut air paip
Ayam Percik lagi.. pun lihat2 je
Pelbagai Kerabu.. macam menarik..
Finally.. kerabu mangga je yang jadi pilihan untuk dibawa pulang.
No comments