Cara Pasang Tombol Pintu
Oleh kerana tombol pintu yang lama aku telah pecahkan minggu lepas, so hari ini aku nak ajak korang semua join aku pasang tombol pintu yang baru. Memandangkan ini adalah kali pertama nak tukar tombol pintu sendiri.. so aku dah penuhkan ilmu di dada ni dengan menyedut segala ilmu yang boleh dari sumber informasi tanpa batasan iaitu internet. Than aku terjemahkan ilmu tu menjadi sebuah hasil kerja yang boleh dibanggakan (angkat bakul).
First.. jom kita tengok apa yang kita perlukan dan berapa RM yang keluar.
1. Set tombol pintu yang baru.
Tombol ni berharga RM12.. tapi setelah beberapa minit sesi tawar menawar dengan tauke kedai tu.. dapat la beli dengan RM10. So dapat jimat RM2.
Kandungan benda-benda yang ada dalam kotak. Make sure cukup sebelum memulakan sebarang kerja pemasangan.
2. Pemutar Skru.
Pemutar skru ni memang dah ada kat rumah, so zero cost.
3. Pin atau apa2 objek keras.
Aku tak sure apa nama alat ni. Yang dalam gambar ni dah siap ada dalam set tombol yang aku beli tu. Alat ni digunakan untuk buka tombol.. jap lagi kita tengok macamana benda ni digunakan. Kos RM0.
4. Air minuman.
Setengah gelas air ni digunakan untuk menghilangkan dahaga.. mana la tau kot2 penat time buat kerja nanti. Kos RM0 sebab air ni amik kat dalam peti ais je.
So kalau dikira balik semua kos, aku keluar RM10 je. Yang lain semua dah ada di rumah and tak perlu sebarang kos tambahan.
Next.. aku akan tunjukkan cara pasang tombol pintu step by step.. mengikut apa yang aku belajar dan apa yang aku buat.
Step 1 : Buka/keluarkan tombol pintu yang rosak.
Tombol pintu rosak yang telah berjaya dibuka dari pintu.
Pintu yang telah dibuka tombol
Pandangan dari sisi
Step 2 : Pasang alat yang dalam gambar bawah ni pada pintu.
Skrukan benda tu semolek rasa (Taktau nama apa, aku panggil Penyelak).. make sure center.
Step 3 : Leraikan set tombol.
Nampak tak lubang kecil tu.. untuk step ni kita perlu fokus pada lubang tersebut.
Dengan menggunakan pin atau alat yang aku tunjuk mula2 tadi, cucuk lubang tersebut sehingga tombol belakang boleh ditarik keluar. Step ni adalah step yang sama digunakan untuk buka tombol lama pada pintu. (Tak diterangkan kat atas tadi)
Bila tombol dah berjaya dileraikan, leraikan lagi 2 bahagian seperti gambar di bawah.
Susun elok-elok supaya tak confius..
Step 4 : Pasang tombol sebelah luar.
Tombol yang dah tinggal tulang tadi tu dimasukkan ke dalam lubang pada pintu. Direction: dari luar bawa ke dalam. Pastikan juga bahagian yang dibulat putih tu dalam kedudukan macam tu. Supaya ianya boleh bersambung dengan penyelak yang kita dah siap pasang dalam step 2 tadi.
Bila dah masuk macam dalam gambar ni.. test pulas tombol luar tu. kalau penyelak tu ikut bergerak masuk dan keluar itu maknanya tombol tersebut dipasang dengan baik.
Gambar sisi: tombol yang telah selamat dipasang.
Step 5 : Pasang tombol sebelah dalam.
Kemudian kita concentrate pada bahagian dalam tombol pula.
Masukkan bahagian tombol yang dalam gambar di atas dan skrukan dengan kemas.
Ini rupa dia bila dah diskru.
Selepas itu, masukkan pula bahagian yang dalam gambar ni.
Rapatkan bahagian tersebut sehingga ke pintu. Perlu di laras juga bahagian yang sama pada tombol di sebelah luar.
Kemudian masukkan kepala tombol. Pastikan kedua-dua lubang yang dibulat putih selari supaya kepala tombol tersebut akan melekat dengan baik sama.
Ok siap. Ni adalah gambar dari sisi tombol yang telah selesai dipasang.
Step 6 : Ujicuba.
Masa untuk ujicuba.. bahagian dalam, make sure punat kunci tu berfungsi.
Bahagian luar.. cek samada boleh buka atau tidak jika tombol berada dalam mode kunci.
Akhir sekali, pastikan tombol boleh dibuka dengan kunci.
Kalau semua ok.. thats mean semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.. tombol pintu bilik aku ni dah ok dah pn.. selesai pasang dalam 15 ke 20min lebih kurang. Sekejap je kan. Tu pun sambil ambil gambar and minum air. Kalau tak, mungkin dalam 5 ke 10 min je dah siap.
Apa pun aku harap korang berani mencuba..sangat menjimatkan. Hanya perlu keluar RM10 untuk beli set tombol je.
Setelah selesai pasang tadi.. hati kecil aku berkata "La.. rupanya senang je pasang tombol pintu".
Selamat Mencuba!
Terima kasih atas entry yang sangat berguna ni. Semalam tombol pintu bilik rosak. Bila dah tinggal jauh dari family ni macam2 benda jadi dan perlu handle sendiri. Ingatkan nak upah orang pasang. Tapi bila baca entry ni rasa nak cuba pasang sendiri. Harap-harap berjaya ^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum, Tq en farhan atas penerangan yg sgt jelas ttg pasang tombol pintu ni. Akhirnya berjaya juga akak bat . Moga Allah swt membls pahala atas kebaikan farhan berkongsi ilmu ni. Tqvm.
ReplyDeleteTombol pintu bru je d pecahkn smlm sbb kunci tetngl kt dlm...
ReplyDeleteJdi skg kne ganti tombol bru la
terima kaseh banyak2 atas ulasan...saya baru aja mengikuti langkah2 yg dinyatakan...cuma nak tambah sikit lagi..kalau penyelak tak rosak..jgn digantikan sbb saiz penyelak ada dua jenis...satu yg normal satu lagi panjang sikit...sbb penyelak saja rm 5...penyelak ada dua saiz....okay itu aja...tq bntk2.barakallah,,,
ReplyDelete