Breaking News

1st Day Puasa @ Bazaar Ramadhan Kluang

Yuhuu.. Pose ke tak? hehe~

Dah masuk hari ketiga puasa.. aku baru sempat nak berblogging. 2 hari juga la ambil masa nak menstabilkan diri. Hari pertama puasa hrtu aku sempat pergi Bazaar Ramadhan di Bandar Kluang. Bawa anak bini jalan2 cari juadah berbuka... Kul 5 sampai ke lokasi, orang terlampau ramai sangat sampai nak berjalan pun susah. Tapi dek kerana memikirkan mencari juadah berbuka.. aku hadapkan juga apa jua halangan dihadapan aku. Janji misi mencari juadah tercapai.

Jom layan pengembaraan aku pada petang yang indah tersebut..
  
 Bazaar Ramadhan Kluang

Ni suasana Bazaar Ramadhan Kluang pada jam 5ptg.. Masuk jam 5.30ptg ke atas, bertambah pack rakyat2 jelata Kluang memenuhi ruang. Sakit ati woo.. nak berjalan pun susah, asyik terkemut2.


Setelah membuat survey di semua gerai2 yg wujud, benda ni telah menjadi pilihan pertama untuk dibeli pada petang tersebut. Nyum.. nyum..

Bro ni dengan penuh semangat menyediakan plastik untuk mengisi jantung pisang tu.
1/2 potong jantung = RM2 (percuma air asam)

Juadah kedua untuk hari pertama puasa.. aku taktau nama hidangan ni.. Nak kata ayam golek.. tak bergolek pun. Mungkin ayam panggang kot. Celop kak.. jangan tak celop. Hehe~


Lain2 persinggahan..
Tamar..

Keropok.. 


Nasi Kerabu..

Last sekali.. bergambar kenangan.. hehe~


Bini sape la ni?.. hehe~

So sebagai penutup celoteh aku hari ini.. aku tunjukkan lah hasil yg diperolehi setelah 1 jam bersesak-sesak..
tadaaa.....

Bekalan untuk berbuka merangkap sahur.. 






No comments