Breaking News

5 Tips Kuruskan Badan Cara Malas



Ramai yang nak dapatkan bentuk badan yang kurus, slim dan menawan. Tetapi tak ramai yang mampu bagi komitmen pergi gym, kelas zumba atau buat hardcore dieting.

Berikut adalah 5 TIPS kuruskan badan cara MALAS:


1. Jangan Berlapar

Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar.

Rule yang paling penting adalah, makan dengan sedikit tetapi kerap. Jadi anda harus susun jadual makan anda dengan baik.




2. Makan Perlahan-Lahan
Setiap kali anda makan sesuatu hidangan, pastikan makan dengan perlahan-lahan. Ini bagi mengelakkan anda mengambil makanan dengan berlebihan sehingga kekenyangan yang melampau. Mengikut kajian, perut memerlukan masa 5 hingga 10 minit untuk menghantar isyarat kepada otak memberitahu bahawa perut sudah penuh/kenyang.



3. Makan Lebih Sayuran dan Kurangkan Gula
Kebanyakan orang sayur bukan menjadi kegemaran. Namun inilah cara paling proven untuk turunkan berat badan dengan pantas. Selain itu, pastikan anda hadkan hanya segelas air bergula sahaja sehari. Jika mampu, tinggalkan terus air gula sehingga anda mendapat berat badan yang anda inginkan.



4. Berpuasa Malam dan Tidur Awal
Pastikan makan malam anda diambil sebelum jam 7 petang. Ini bagi memastikan makanan yang dimakan dapat dicerna sepenuhnya sebelum anda tidur. Untuk memastikan anda tidak makan lewat malam, anda perlu tidur awal. Masuklah tidur seawal jam 10 malam sebelum anda mula merasa lapar kembali. Terpaksa berjaga menyiapkan assignment? Anda boleh mengambil oat cookies dan segelas air kosong bagi mengalas perut.



5. Banyakkan Minum Air Kosong
Anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong setiap hari. Cara ini dapat mensimulasikan perut anda agar sentiasa berasa penuh. Jadi anda akan kurang makan kerana kurangnya perasaan lapar. Untuk kesan lebih maksima, minum segelas air kosong terlebih dahulu sebelum anda menyuap suapan pertama hidangan anda.



Begitulah 5 tips yang jika diamalkan kesemuanya serentak. Anda boleh kurangkan berat badan sehingga 5kg dalam sebulan. Perubahan yang mungkin agak perlahan tetapi sangat selamat. Kuncinya adalah ubah daily habit dan lifestyle anda sahaja.

Ada sesiapa yang sudah mencuba tips ini? Cuba share pengalaman dan pandangan anda di ruangan komen ;-)



No comments