Breaking News

Masak-Masak: Resepi Ayam Masak Merah

Dalam ruangan Masak-Masak kali ini, aku nak share Resepi Ayam Masak Merah. Actually Ayam Masak Merah ni aku masak pada 17 Nov 12. Saja je nak share... Masa tu tengah duk membujang di rumah, almaklumlah cuti sekolah.. isteri n anak-anak aku dah hantar bercuti di kampung. Boring duk sorang-sorang, aku ambil keputusan untuk masak. Sebab dah lama sangat tidak ke dapur.. so kehebatan aku sebagai iron chef satu ketika dulu telah hilang.

Penyudahnya.. tersangkut la aku depan laptop mencari blog2 yang ada share resepi. Cari punya cari.. terjumpa la resepi ayam masak merah. Kebetulan pula ada ayam mentah kat dalam freezer, so aku pun dengan penuh confident masak la ikut resepi yang aku jumpa di mylovelyfamily-ana.blogspot.com. Kata penulis tu.. ni resepi abah dia.. so aku tertarik la untuk guna resepi ni memandangkan resepi ni datang dari seorang lelaki.. so sesuai kut utk aku sebab aku pn laki.. ada mcm chemistry kat situ.. kah3.

Oleh kerana aku ni jarang-jarang masak.. ditambah dengan kehebatan iron chef aku yang telah hilang tu.. so aku mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 min untuk siapkan ayam masak merah ni.

Ayam Masak Merah hasil titik peluh aku.. sedap oo..

Ok ni resepinya.. try cuba test tengok..


RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan yg diperlukan :
Seekor ayam
(potong ikut suka hati korang, lumur ngan garam n kunyit, pastu goreng setengah masak dan letak tepi)

Bahan-bahan kisar ( kisar halus ):
4 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan kisar lain :
15 atau 20 tangkai cili kering
(digunting kecil, buang sedikit bijinya dan direbus sebentar)

Bahan-bahan dihiris :
3 biji bawang besar (lagi sedap bwg holland)
5 ulas bawang putih
2 cm halia (hiris jadi 3 bahagian)

Bahan tambahan :
2 kuntum bunga lawang
seketul kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan (santan kotak pn boleh)
250 ml air (lebihkan sikit pun takpe)
3 biji tomato yg di potong 4 bahagian
garam secukup rasa
minyak utk menumis


Cara-cara Memasak :

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dihiris hingga layu bersama bunga lawang dan kayu manis.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan gaul rata.

3. Masukkan cili kering yang telah dikisar tadi diikuti dengan sos cili.

4. Tumis bahan-bahan tu hingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan digaul rata. Biar seketika..

6. Masukkan santan untuk pekatkan kuah. (Untuk masakan aku kali ni, aku guna susu cair.. sebab yang tu je ada di rumah n terasa sangat malas nak keluar pi beli santan).

7. Masukkan tomato dan masak sampai tomato tu empuk.

8. Last sekali.. part yang paling penting.. tutup api. Kalo tak tutup api kang hangit pulak.. ye tak?


So.. siap dah ayam masak merah.

Habuan perut.. ayam masak merah dan sayur sawi yang aku tumis dengan sos tiram.

Rasa ayam masak merah guna resepi ni sangat sedap tau.. ada iras-iras rasa macam ayam masak merah banjar. Percaya tak kalau aku cakap semangkuk ayam dalam gambar tu.. aku habiskan sorang je.. harks~

Last sekali aku nak ucapkan thanks a lot to original writer resipi ni.. kerana sudi berkongsi resepi abah dia.. korang boleh baca original post kat sini http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/07/resepi-ayam-masak-merah.html

Kepada korang yang baca post ni sampai kat sini.. maknanya korang memang berminat la dengan Ayam Masak Merah ni kan.. so aku cabar korang untuk cuba resipi ni. Tu pun kalo korang berani la.. apa-apapun result dia nanti.. share kat komen bawah ni k. nak tau gak.. hehe... salam~


No comments